Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Obesiti boleh jejas kesihatan penduduk

    NEW YORK, 8 Nov – Obesiti kini boleh dianggap sebagai bencana dalam kehidupan moden, dengan ketagihan makanan ringan, dan gaya hidup tidak sihat tanpa sebarang senaman fizikal, menambah lagi kepada peningkatan masalah, selain memberi kesan negatif kepada kesihatan seluruh penduduk.

    Masalah itu, bukan hanya melanda di negara maju malahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia turut berlaku di India, China, Malaysia, Thailand dan negara lain.

    “Obesiti satu daripada punca kematian selepas merokok,” kata Dr Raj Bhayani, ahli terkemuka dari American Association of Physicians of Indian Origin (AAPI).

    Beliau berkata demikian, pada satu program kesedaran mengenai obesiti dan masalah kesihatan anjuran AAPI di konsulat jeneral India di New York.

    Obesiti juga menyumbang kepada penyakit utama seperti diabetes, masalah kardiovaskular, tekanan darah tinggi, asma dan penyakit lain. Bagi memupuk lebih kesedaran, 14 November diisytiharkan sebagai Hari Diabetes Sedunia, dan pakar-pakar perubatan meramalkan India boleh menjadi menjadi, apa yang dipanggil sebagai “negara dunia diabetes”.

    Menurut kajian Lancet 2016, India berada dalam kalangan tiga negara teratas dengan populasi diabetes yang sangat ramai.

    Data Lancet mendedahkan, jumlah kes di India meningkat daripada 11.9 juta pada 1980 kepada 64.5 juta pada 2014, peningkatan sebanyak 50 peratus dalam kalangan lelaki dan 80 peratus wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda