Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Obesity Night Walk suntik semangat individu obes

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Sebagai menyokong seruan Kementerian Kesihatan ‘Ke Arah Warga Sihat’, Obesity Night Walk telah diadakan bagi membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

    Selepas Dayang Siti Rozidah binti Haji Abdullah mengadakan Obesity Night Walk dua minggu yang lalu di sepanjang Lebuh raya Pantai Tungku menuju ke Pantai Jerudong mendapat sambutan yang tidak diduga, beliau mengadakannya sekali lagi di ibu negara, semalam.

    Dayang Siti Rozidah yang bertugas di Kementerian Kesihatan dalam temu bual ringkas menyatakan para peserta yang menjayakan Obesity Night Walk adalah mereka yang berusaha untuk mengamalkan cara hidup sihat.

    “Saya adalah seorang yang obes. Bukan senang untuk menurunkan berat badan dan bukan senang untuk mengamalkan cara hidup sihat. Jadi, penyertaan orang ramai akan membantu menyuntik semangat individu lain untuk melakukan aktiviti yang menjuruskan kepada kesihatan,” ujarnya.

    Antara mereka yang menyertai Obesity Night Walk di ibu negara semalam.
    Antara mereka yang menyertai Obesity Night Walk di ibu negara semalam.

    Ditanya mengapa memilih malam minggu, beliau menjelaskan perjalanan mereka sejauh hampir tiga kilometer itu bukan sahaja memeriahkan lagi Bandar Seri Begawan malah memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai masa yang sesuai untuk melakukan riadah kesihatan.

    “Walaupun hujung minggu adalah masa untuk berehat setelah bekerja setiap hari yang agak meletihkan, aktiviti bersenam juga cukup berguna bagi mengembalikan semangat untuk kekal cergas pada minggu yang seterusnya,” kata beliau lagi.

    Beliau berharap akan mengadakan acara seumpamanya lagi minggu hadapan untuk mempertahankan penyertaan sedia ada sambil terus menyokong misi Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda