Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Obispo sekat Rangers ambil kelebihan

    GLASGOW, 17 OGOS – Armando Obispo menyelamatkan PSV Eindhoven untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Rangers di pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara, kelmarin.

    Penjaga gol PSV, Walter Benitez melakukan kesilapan dan hampir memberikan kelebihan kepada Rangers apabila dia gagal mendakap bola dengan kemas hasil tendangan percuma Tom Lawrence semasa separuh masa kedua di Ibrox.

    Kecuaian Benitez meletakkan Rangers di hadapan 2-1 selepas Antonio Colak menyamakan kedudukan setelah Ibrahim Sangare membuka jaringan buat PSV.

    Tetapi Obispo berjaya menyelamatkan rakan sepasukannya melalui gol penyamaan minit akhir sekali gus membuatkan keputusan semakin sengit memasuki pusingan kedua di Eindhoven minggu hadapan.

    Meskipun PSV akan menjadi pasukan pilihan di laman sendiri, namun Rangers masih mempunyai peluang selepas mencatatkan kebangkitan apabila ketinggalan 2-0 kepada Union Saint-Gilloise dan menang 3-0 pada pusingan ketiga peringkat kelayakan.

    Berikutan dengan kebangkitan dramatik itu, Rangers melakar satu lagi malam yang mencabar dalam usaha mereka kembali beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

    Kali terakhir Rangers beraksi di kejohanan itu pada 2010-2011 sebelum masalah kewangan yang menyebabkan mereka digugurkan ke liga bawahan Scotland, namun mereka akhirnya berjaya kembali ke liga utama.

    Mereka tersingkir dari kelayakan Liga Juara-Juara di tangan Malmo musim lalu, kemudian menikmati perjalanan hebat sehingga mara ke final Liga Europa, namun tewas kepada Eintracht Frankfurt di pentas akhir.

    Pasukan kendalian Giovanni van Bronckhorst gagal menyerlah pada awal perlawanan dengan keadaan padang yang licin disebabkan hujan di Glasgow.

    “Ia sangat sengit. Keputusan boleh memihak kepada mana-mana pasukan. PSV sebuah pasukan yang hebat dan mereka berjaya mempamerkannya malam ini. Namun kami masih berpeluang untuk mara,” kata Van Bronckhorst. – AFP

    Gambar bertarikh 9 Ogos menunjukkan pemain-pemain PSV meraikan kemenangan sewaktu bertemu AS Monaco. Obispo menyelamatkan PSV untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Rangers, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...