Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Objek luar punca kerosakan, pesawat terhempas

    ALMATY, 5 FEB – Sebuah pesawat Azerbaijan menuju ke Rusia yang terhempas di Kazakhstan Disember lalu mungkin telah mengalami kerosakan akibat ‘objek luar’ sebelum ia jatuh ke darat, menurut siasatan kelmarin.

    Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev telah berulang kali berkata bahawa pesawat itu secara tidak sengaja ditembak dari darat oleh pertahanan udara Rusia dalam insiden 25 Disember yang mengorbankan 38 daripada 67 orang dalam kapal terbang.

    Bagaimanapun Kazakhstan, salah satu sekutu terdekat Rusia, tidak menyalahkan Moscow secara langsung.

    Laporan awal yang dikeluarkan kelmarin, tidak mengenal pasti punca pesawat itu terbabas dari landasan.

    Kementerian Pengangkutan negara Asia Tengah itu menerbitkan laporan setebal 53 muka surat di mana ia merujuk kepada ‘objek luar’ dan termasuk gambar pesawat yang penuh dengan lubang.

    Siasatan tersebut diketuai oleh Kazakhstan memandangkan nahas itu berlaku di wilayahnya.

    Menurut siasatan, kru kapal telah melaporkan kepada kawalan trafik udara di bandar Grozny di Rusia tentang kehilangan isyarat GPS dan tidak lama kemudian pesawat tersebut terus hilang kawalan.

    Ia berkata bahawa pesawat itu mempunyai pelbagai bentuk dan saiz kerosakan di bahagian ekor’ dan kerosakan serupa ditemui pada enjin kiri dan sayap kiri pesawat.

    Pakar Barat berkata pesawat itu mungkin ditembak dari Rusia. – AFP

    Gambar bertarikh 25 Disember 2024 menunjukkan pakar kecemasan bertugas di tapak nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau di barat Kazakhstan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda