Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Objek perang menjadi norma baharu di Kyiv

    KYIV, UKRAINE, 14 MAC – Terdapat beg pasir di sekeliling patung-patung dan halangan anti-kereta kebal di tepi jalan, parit di hutan berhampiran dan amaran periuk api darat di dalam hutan.

    Papan tanda yang dilukis di dinding menunjukkan tempat perlindungan terdekat, manakala siren serangan udara kadangkala berbunyi di seluruh bandar, yang ada kalanya masih diserang peluru berpandu.

    Tetapi dengan latar belakang perang ini, penduduk ibu kota Ukraine, Kyiv, menjalani kehidupan mereka seperti biasa walaupun pencerobohan Rusia ke atas negara mereka berterusan pada ke tahun kedua.

    Walaupun ramai yang melarikan diri pada peringkat permulaan perang, penduduk secara beransur-ansur kembali ke rumah mereka apabila tentera Rusia berundur dari utara bandar tahun lalu, setelah konflik berpusat di bahagian timur dan selatan Ukraine.

    Kedai, restoran dan bar dibuka walaupun pelanggan terpaksa menghabiskan waktu malam lebih awal kerana mematuhi perintah berkurung, dan bergegas pulang tepat pada waktunya sebelum pukul 11 malam. Tiada siapa yang memberi perhatian kepada penghalang anti kereta kebal besi pada sudut di tepi jalan, atau timbunan beg pasir di sekitar mereka.

    Di luar mercu tanda Biara Kubah Emas Saint Michael di tengah Kyiv, orang ramai bergambar di sebelah kereta kebal Rusia dan kenderaan berperisai yang musnah.

    Ia adalah norma baharu yang pelik, di mana objek yang digunakan dalam perperangan telah dimasukkan ke dalam pemandangan kehidupan bandar biasa. – AP

    Sebuah patung ditutup dengan beg pasir untuk melindunginya daripada tembakan Rusia di Kyiv, Ukraine. – AP
    Parit digali untuk digunakan ketika Rusia menyerang bandar Kyiv, Ukraine. – AP
    Penghalang anti-kereta kebal boleh dilihat di jalan di Kyiv, Ukraine. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda