TAIPEI, 22 MEI – Objek terbang tidak dikenal pasti yang dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan mengganggu penerbangan dan menjejaskan lebih 1,000 penumpang pagi ini, menurut pengendali lapangan terbang itu.
Operasi penerbangan masuk dan keluar di Taiwan Taoyuan International Airport Co. (TIAC) yang merupakan pintu masuk utama negara itu dihentikan selepas objek itu dikesan oleh juruterbang China Airlines, lapor agensi berita pusat (CNA).
Penutupan berlangsung selama kira-kira 40 minit dan trafik udara disambung semula pada kira-kira 10:10 pagi, menurut TIAC.
Penutupan landasan menjejaskan tujuh penerbangan.
TIAC berkata pihak berkuasa lapangan terbang tidak dapat mengenal pasti objek terbang itu kerana ia hanya dilihat oleh seorang juruterbang, namun mereka tidak menolak kemungkinan objek itu adalah dron.
Mereka yang terlibat dalam aktiviti dron tanpa kebenaran di kawasan larangan di lapangan terbang boleh didenda AS$9,780, menurut TIAC memetik Akta Penerbangan Awam. – Bernama