Friday, January 3, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ocampos tumbangkan Nantes

    PARIS, 13 Ogos – Pemain gantian, Lucas Ocampos menjaringkan gol kemenangan lewat 1-0 bagi Marseille ketika pasukan kendalian Claudio Ranieri yang dibelenggu dengan kecederaan, Nantes, mengalami kekalahan kedua mereka dalam persaingan kempen baru Ligue 1 semalam.

    Marseille menyertai Lyon dengan kemenangan 2-1 di Rennes pada Jumaat lalu secara sementara mengungguli kedudukan Ligue 1 untuk memastikan pasukan kendalian Rudi Garcia pertambahan masa menjelang perlawanan pusingan playoff pertama Liga Europa di Domzale, Slovenia.

    Saint-Etienne juga mengumpulkan mata maksimum di bawah jurulatih dari Sepanyol, Ocar Garcioa, yang berada di tangga ketiga dengan perbezaan jaringan selepas jaringan separuh masa kedua dari Romain Hamouma melengkapkan kemenangan 1-0 di Caen.

    Tetapi bekas bos Leicester City, Ranieri, yang mengendalikan pasukan Nantes, menyusul kekalahan 3-0 minggu lalu kepada Lile dengan satu lagi kekalahan selepas kecederaan berlaku ketika setengah jam perlawanan pertama berlangsung.

    Pemain pertahanan Leo Dubois sudah diisytiharkan tidak cergas hanya sebelum perlawanan yang memaksa Ranieri untuk menyusun semula kesebelasan utamanya.

    Aksi Lucas Ocampos (kiri) ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya semasa perlawanan menentang Nantes (FCN) di Stadium Beaujoire di Nantes pada 12 Ogos 2017. – AFP
    Aksi Lucas Ocampos (kiri) ketika meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya semasa perlawanan menentang Nantes (FCN) di Stadium Beaujoire di Nantes pada 12 Ogos 2017. – AFP

    Pengurus dari Itali itu jelas kecewa ketika pemain midfield, Valentin Rongier mengalami kecederaan bahu lebih awal dan dipaksa berehat diikuti oleh pemain penyerang Yacine Bammou dan pemain midfield, Alexander Kacaniklic- -keduanya mengalami masalah otot.

    “Ia adalah kali pertama sepanjang kerjaya saya, saya terpaksa menukar tiga pemain dalam tempoh 25 minit,” jelas Ranieri yang dalam kecewa.

    “Nasib tidak menyebelahi kami sekarang. Tetapi pengganti mereka adalah bagus dan separuh masa kedua adalah bagus.”

    Nantes bertahan terutamanya menerusi permainan yang ditunjukkan oleh penjaga gawang, Ciprian Tatausanu, yang tiba musim ini dari Fiorentina dan menyelamatkan enam percubaan pada separuh masa pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda