Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    OCBC Cycle KL 2025 perkenal kategori baharu

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – OCBC Cycle Kuala Lumpur 2025 tampil memperkenalkan dua kategori baharu dalam penganjuran acara itu pada 27 April ini.

    Ketua Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Berhad, Syed Abdull Aziz Syed Kechik berkata dua kategori baharu ialah kayuhan sejauh 50 kilometer (50km) dan 25 km selain memperluas kategori kanak-kanak dari tiga hingga sembilan tahun, berbanding tiga hingga tujuh tahun sebelum ini.

    Beliau berkata satu kategori korporat melibatkan kayuhan sejauh 50km dinamakan Kayuhan Datuk Bandar KL diadakan bagi penyertaan berpasukan dengan 10 pelumba.

    “OCBC Cycle KL 2025 juga menyaksikan laluan berbasikal yang lebih mencabar dengan pertambahan lapan kilometer berbanding edisi lepas sejauh 42km.

    “Lebih kurang 3,000 peserta akan mengambil bahagian tahun ini berbanding 2,500 peserta tahun sebelumnya,” katanya pada sidang media OCBC Cycling Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.

    Bagi edisi kali ini, perlumbaan itu turut menawarkan tiga jenis basikal bagi kategori dewasa lelaki dan wanita (basikal gunung, jalan raya dan basikal lipat) sebagai hadiah selain semua peserta bakal menerima pingat, sijil penyertaan digital dan cenderahati.

    OCBC Cycle Kuala Lumpur merupakan antara acara berbasikal terbesar di Malaysia dan terus mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, warga emas dan peminat sukan rekreasi. – Bernama

    Syed Abdull Aziz Jailani Syed Kechik berucap pada majlis Pengumuman Laluan Kayuhan KL OCBC 2025 di Decathlon Four Season, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda