Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ocon terlibat dalam insiden pitlane berbahaya

    BAKU, 1 MEI – Esteban Ocon terlibat dalam insiden pitlane berbahaya tepat di penghujung Grand Prix Azerbaijan, kelmarin.

    Pemandu Alpine itu menukar tayar pada pusingan terakhir pada kelajuan 300km/j tetapi mendapati orang ramai berada di kawasan pitlane ketika dia menuju ke garajnya.

    Nampaknya kesilapan oleh badan induk F1 iaitu FIA telah membenarkan kakitangan masuk ke kawasan pitlane terlalu awal.

    “Ia adalah perlumbaan yang baik sehingga saya perlu masuk ke garaj pada pusingan terakhir,” katanya.

    “Bukan sesuatu yang kami ingin lihat. Saya tidak faham mengapa orang ramai sudah bersiap sedia untuk podium ketika kami masih berlumba di pitlane.

    Aksi Esteban Ocon memandu keretanya semasa Grand Prix Formula Satu di litar Baku di Baku, Azerbaijan, 30 April. – AP

    Pemandu Perancis itu menambah: “Ia adalah saat yang sangat dekat, saya tiba pada kelajuan 300km/j, brek pada saat terakhir, dan saya melihat orang ramai di sekeliling. Ia pasti sesuatu yang perlu diubah.”

    Pengetua pasukan Red Bull, Christian Horner menggesa tindakan untuk mengelakkan berulangnya insiden yang berpotensi untuk menjadi kejadian yang mengerikan.

    “Perkara itu perlu dikaji semula kerana Esteban berhak untuk menukar tayar pada pusingan terakhir. Itu sesuatu yang FIA perlu pantau dengan lebih baik sebelum tamat perlumbaan,” kata Horner.

    Ocon menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dalam perlumbaan kelmarin yang menyaksikan Sergio Perez dan Max Verstappen mendahului Red Bull dengan kemenangan satu-dua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda