Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

October Dream Deal bermula hari ini

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Boustead Sdn Bhd dengan sokongan Automagination Dream Cars Collection akan mengadakan October Dream Deal selama tiga hari bermula esok di Beribi.

Sepanjang acara berkenaan, orang ramai yang ingin mendapatkan kereta-kereta terpakai eksklusif yang berkualiti bolehlah mengunjungi Bee Motors dan mendapatkan tawaran hebat seperti kadar faedah rendah bersama tujuh tahun pelan pinjaman.

Alvin Kho dari Dreams Cars Collection, semasa sidang media, menjelaskan bahawa kereta-kereta yang dipamerkan merupakan kereta-kereta yang berkualiti dan terjaga.

Automagination juga mempamerkan aksesori-aksesori kereta yang berkualiti tinggi, antaranya khas untuk kereta Nissan dan Suzuki serta model-model kereta lain.

Acara itu turut memberikan kupon percuma perkhidmatan cuci kereta kepada pengunjung yang membuat urus janji dengan syarikat berkenaan. Di samping itu, acara juga akan dimeriahkan dengan Saturday Night Fever serta malam BBQ dan Live Cooking.

Orang ramai boleh mendapatkan kereta-kereta terpakai eksklusif yang berkualiti dengan mengunjungi Bee Motors dan mendapatkan tawaran hebat.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda