Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Odegaard alami kecederaan

    BERGAMO, 19 SEPT – Kapten Arsenal, Martin Odegaard bakal direhatkan untuk tempoh yang panjang selepas mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan Norway, menurut pengurus Arsenal, Mikel Arteta, kelmarin.

    Odegaard mengalami kecederaan tersebut ketika perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Austria awal bulan ini. Doktor pasukan Norway mengesahkan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan direhatkan sekurang-kurangnya tiga minggu.

    “Selepas melakukan imbasan, terdapat kecederaan terutamanya pada salah satu ligamen di bahagian buku lali, jadi kami akan kehilangannya buat sementara waktu,” kata Arteta menjelang perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara menentang Atalanta, hari ini.

    “Saya tidak mahu menetapkan tempoh tertentu kerana saya bukan doktor, tetapi kecederaannya agak serius. Kami berharap bukan berbulan-bulan, namun kita perlu menunggu perkembangan selanjutnya,” tambah Arteta.

    Arsenal, naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, bakal berdepan juara bertahan City pada Ahad ini.

    The Gunners kini berada di kedudukan kedua liga, dua mata di belakang City, selepas menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 dalam perlawanan tempatan minggu lalu. – AFP

    Aksi Martin Odegaard memuji peminat selepas perlawanan antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Emirates di London pada 23 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda