Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    ODI China 2021 melonjak 9.2 peratus

    BEIJING, 21 JAN – Pelaburan Langsung Luar Negara (ODI) China pada 2021 merekodkan nilai AS$145.19 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 9.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan pelaburan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menyaksikan pertumbuhan pesat, kata Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting kelmarin.

    Menurut beliau, statistik pulangan kontrak luar negara (Foreign Contracted Project) bagi tempoh sama mencecah AS$154.94 bilion, menurun 0.6 peratus berbanding 2020.

    Sementara itu, kontrak baharu ditandatangani merekodkan AS$258.49 bilion, atau menokok sebanyak 1.2 peratus.

    Shu menyifatkan pelaburan China di negara BRI menyaksikan peningkatan berterusan apabila ODI bukan kewangan ke negara BRI mencatat angka AS$20.3 bilion, iaitu meningkat 14.1 peratus, sekali gus memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan setempat.

    “Kontrak baharu luar negara untuk 2021 pula menyaksikan pertambahan ketara, dengan jumlah catatan perjanjian sebanyak 560 buah bernilai lebih AS$100, pertambahan 46 buah berbanding tahun sebelumnya.

    “Kebanyakan kontrak baharu ditandatangani itu membabitkan bidang infrastruktur pengangkutan,” katanya.

    Timbalan Pengarah Jawatankuasa Akademik Kementerian Perdagangan China, Zhang Jianping berpendapat, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang mula berkuat kuasa tahun ini akan menggalakkan pertumbuhan pelaburan ke negara BRI.

    “Kebanyakan negara anggota RCEP adalah rakan kerjasama BRI, maka pelaksanaan RCEP berperanan penting mendorong pembangunan berkualiti tinggi BRI,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...