Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

OECD turunkan unjuran pertumbuhan global

ISTANBUL, 26 SEPT – Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya bagi 2023, serta memberi amaran bahawa banyak negara di Eropah berkemungkinan akan menghadapi kemelesetan pada tahun depan.

Laporan interim OECD yang dikeluarkan hari ini, menyemak turun anggaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global daripada 2.8 peratus kepada 2.2 peratus, dengan mempersalahkan ‘pencerobohan Rusia terhadap Ukraine’, sebagai punca.

KDNK dunia tahun depan dijangkakan sekurang-kurangnya AS$2.8 trilion lebih rendah daripada unjuran sebelumnya.

Kepelbagaian bekalan yang tidak mencukupi serta pengurangan permintaan, boleh menyebabkan kekurangan yang seterusnya akan menaikkan harga bekalan tenaga, mengurangkan keyakinan serta kedudukan kewangan yang boleh mendorong perniagaan untuk mencatu penggunaan gas mereka buat sementara waktu, menurut laporan itu.

“Ini secara keseluruhannya boleh mengurangkan pertumbuhan dalam ekonomi Eropah sebanyak lebih 1.25 mata peratusan pada 2023, berbanding garis dasar, dan meningkatkan inflasi lebih 1.5 mata peratusan.

“Ini akan mendorong banyak negara di Eropah untuk mencatat kemelesetan pada 2023,” menurut OECD.

Inflasi global dilaporkan akan meningkat lebih 0.5 mata peratusan pada 2023, dengan pertumbuhan menurun di bawah 0.5 mata peratusan. – Bernama

Gambar fail logo di pintu masuk ibu pejabat OEDC di Paris pada 7 Jun. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -