Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Offset lamar Cardi B melalui kejutan

    PENYANYI rap Offset dan Cardi B akhirnya bertunang selepas hampir setahun menjalin cinta.

    Menurut laporan dipetik dari US Magazine, Offset membuat kejutan apabila melamar Cardi sewaktu mereka membuat persembahan bersama di sebuah konsert baru-baru ini.

    Sewaktu berada di hadapan ribuan penonton, Offset melutut sebelum menghulurkan sebentuk cincin kepada Cardi. Menerusi video yang tular, Cardi dilihat terkejut dengan lamaran itu dan akhirnya menghulurkan jarinya untuk disarungkan cincin.

    Pasangan itu turut mengumumkan berita gembira itu melalui laman Instagram masing-masing dan dihujani ribuan ucapan tahniah daripada peminat.

    Offset dan Cardi B akhirnya bertunang selepas hampir setahun menjalin cinta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda