Oleh Saemah Kepli
SERIA, 29 Jun – Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC) dijangka akan tutup sementara bermula Isnin 2 Julai ini sehingga maklumat lanjut diberikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pusat berkenaan ditutup buat sementara berikutan kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilakukan untuk meningkatkan kualiti ke atas program pameran dan pendidikan di sana.
Bagaimanapun, penutupan sementara itu tidak akan menjejaskan aktiviti mereka yang akan menjadi tuan rumah kepada pertandingan dan Program Outreach Siuknya Sains yang dibukakan bagi penyertaan orang ramai dan para pelajar sekolah.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 3377200 atau menghantarkan email ke alamat info@ogdcbrunei.com atau melayari website di www.ogdcbrunei.com.