Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    OIC adakan mesyuarat tergempar

    ANKARA, 21 APRIL – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan ‘mesyuarat tergempar’ menteri-menteri luar pada Rabu melalui persidangan video, lapor agensi berita Anadolu.

    Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Turki berkata mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Menteri Luar itu diadakan atas inisiatif Turki.

    Antara agenda utama mesyuarat itu mengenai ‘pengukuhan kerjasama dan koordinasi antara anggota OIC dalam kerangka memerangi COVID-19 serta langkah-langkah bersama yang perlu diambil’. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda