Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    OIC, AS adakan dialog strategik

    JEDDAH, 24 MEI – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan dialog strategik di Washington untuk membincangkan isu kepentingan bersama, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

    Setiausaha Agung OIC, Hissein Ibrahim Taha berkata dialog pusingan pertama itu tepat pada masanya ketika dunia menghadapi cabaran besar yang memerlukan kerjasama dan perpaduan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan persefahaman.

    Beliau berkata OIC menggalakkan anggotanya untuk terlibat dalam dialog bagi meredakan ketegangan dan konflik serta mencari penyelesaian secara aman.

    Pada 19 Mei, OIC mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hissein akan melawat AS pada 20 Mei untuk mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Setiausaha Negara Antony Blinken dan pegawai kanan Jabatan Negara AS. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...