Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    OIC puji Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah Ekspo Dunia 2030

    JEDDAH, 30 NOV – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengucapkan tahniah kepada Arab Saudi atas kejayaan Riyadh menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030.

    OIC dalam satu kenyataan berkata setiausaha agung memuji kepimpinan dan kerajaan negara yang bijak di bawah pentadbiran Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman serta rakyatnya di atas kejayaan itu.

    Pemilihan itu juga menggambarkan pengiktirafan terhadap kelayakan luar biasa Riyadh menjadikannya tuan rumah paling layak untuk acara besar dan penting.

    Setiausaha Agung berkata pemilihan Riyadh sebagai tuan rumah untuk Ekspo Dunia 2030 juga mencerminkan kemajuan infrastruktur, kestabilan politik dan ekonomi, langkah-langkah keselamatan dan kepelbagaian budaya yang kaya.

    “Kejayaan ini bukan hanya pencapaian untuk Arab Saudi sahaja tetapi juga untuk negara-negara dunia Islam dan OIC, memandangkan Arab Saudi merupakan negara tuan rumah bagi pertubuhan ini,” kata Hissien dalam kenyataan itu.

    Arab Saudi pada Selasa berjaya memenangi bidaan untuk menganjurkan Ekspo Dunia semasa Perhimpunan Agung ke-173 Bureau International des Expositions (BIE) yang diadakan di Paris.

    Ekspo itu dijadualkan berlangsung dari Oktober 2030 hingga Mac 2031. – Bernama

    Reaksi anggota delegasi Arab Saudi apabila Bureau International des Expositions (BIE) mengumumkan undian pada 28 November 2023 di Issy-les-Moulineaux, di luar Paris. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...