Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    OIC sambut rundingan semula krisis Syria

    KUALA LUMPUR, 27 Feb – Rundingan damai Syria yang disambung semula di Geneva bermula minggu lepas di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disambut baik Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

    OIC dalam kenyataan berharap rundingan itu akan memberikan hasil positif dan membina sekaligus mampu menyelesaikan segera krisis yang menyebabkan negara itu teruk terjejas.

    “OIC berharap kemuncak rundingan ialah terhasilnya satu perjanjian genjatan senjata dan proses politik yang membolehkan peralihan kuasa dapat dilaksanakan selaras dengan resolusi Geneva dan juga melalui resolusi berkaitan yang lain di bawah Majlis Keselamatan,” jelas kenyataan itu.

    Setiausaha Agung OIC Yousef Al-Othaimeen berkata penyelesaian secara aman sahaja pilihan untuk menyelesaikan krisis Syria.

    Beliau menekankan kepentingan menggunakan kesempatan penyambungan semula rundingan itu bagi mencari penyelesaian politik yang dapat menjamin peralihan politik serta mampu mewujudkan perpaduan dan mengembalikan kedaulatan wilayah Syria.

    Selain itu, ia juga dapat memenuhi aspirasi sah semua lapisan masyarakat dan menamatkan pertumpahan darah yang amat tragis di negara itu.

    Menurut laporan usaha terbaru perdamaian pihak terbabit dalam perang Syria pada Khamis mengadakan pertemuan untuk mencari jalan perdamaian dalam krisis yang telah berlarutan sejak enam tahun itu.

    Dianggarkan 400,000 orang terkorban dan jutaan lagi hilang tempat tinggal sejak konflik meletus pada Mac 2011. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini