Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Oki Setiana setuju anak jadi bahan kajian

    Anak bongsu pelakon dan pendakwah bebas terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi akan dijadikan sebagai bahan kajian oleh sebuah institusi kesihatan di negara berkenaan.

    Oki berkata, dia bersetuju anaknya Sulaiman Ali Abdullah yang dilahirkan dengan penyakit sindrom Prader Willi (PWS) akan melalui proses berkenaan dengan harapan dapat membantu kanak-kanak lain dengan nasib sama.

    “Saya setuju sekiranya kajian dilakukan terhadap anak saya ini dapat membantu kanak-kanak lain.

    “Tidak dinafikan ada kajian berjaya dan sebaliknya tetapi setidak-tidaknya saya telah buat sesuatu untuk melihat Sulaiman pulih,” katanya.

    PWS merupakan salah satu penyakit genetik disebabkan oleh gangguan pada kromosom 15. Penyakit ini menyebabkan kelainan pada banyak sistem tubuh penghidapnya.

    Oki dan suami, Ory yakin kajian dilakukan dapat merawat anaknya. – Agensi

    Sementara itu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu memberitahu Sulaiman akan dimasukkan menerusi program Work of Stemcell yang melibatkan penyelidikan daripada beberapa orang penyelidik dari seluruh dunia.

    Oki juga memberitahu proses kajian penyakit berkenaan juga tidak akan dilakukan di Indonesia.

    “Ketika ini Sulaiman sedang menunggu panggilan menyertai program yang sudah didaftar oleh doktornya.

    “Proses kajian mungkin akan dibuat di luar negara. Saya tidak pasti di mana kerana belum mendapat kepastian tentangnya,” katanya.

    Selain Sulaiman, Oki dan suami, Ory Vitrio juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, 7, Khadeejah Faatimah Abdullah, 6, dan Ibrahim Muhammad Abdullah, 4. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...