Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    OKP anjur kelas bahasa isyarat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERIBEGAWAN, 18 SEPT – Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) telah menganjurkan kelas bahasa isyarat bertempat di Pejabat Persatuan OKP Kebangsaan, Anggerek Desa, Berakas, baru-baru ini.

    Hadir semasa sesi kelas bahasa isyarat itu ialah Pengiran Haji Norahalim BPHA Rahman selaku Yang Di-Pertua Persatuan OKP bersama AJKT dan biro-biro yang juga pemudah cara bagi kelas berkenaan. Turut hadir ahli-ahli OKP serta ibu bapa dan penjaga peserta.

    Penganjuran kelas itu bertujuan mengeratkan silaturahim di antara individu kurang pendengaran dengan orang awam selain memperkukuhkan kerjasama dalam bidang sukan, sosial, ekonomi dan kemasyarakatan sekali gus memperkenalkan bahasa isyarat kepada orang ramai.

    Di samping itu, ia juga diadakan sempena sambutan Minggu Orang Kurang Pendengaran Antarabangsa (IWDP) dan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa (IDSL) yang jatuh pada minggu keempat setiap bulan September di seluruh dunia.

    Persatuan OKP Kebangsaan tidak ketinggalan untuk meraikannya setiap tahun, dengan tema sambutan tahun ini Sign Up For Sign Language Rights.

    Antara yang hadir semasa kelas bahasa isyarat anjuran OKP yang diadakan baru-baru ini di Ibu Pejabat OKP. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda