PARIS, 3 NOV – Oktober tahun ini direkodkan sebagai bulan paling panas di Perancis sejak 1945, dengan suhu purata mencecah 17.2 darjah Celsius, menurut perkhidmatan meteorologi Perancis Meteo-France kelmarin.
Purata suhu Oktober adalah kira-kira 3.5 darjah Celsius lebih tinggi daripada biasa di seluruh negara, lapor Xinhua memetik kenyataan Meteo-France. Perkhidmatan meterologi memaklumkan bahawa suhu purata yang direkodkan di 30 stesen cuaca di seluruh Perancis kekal di atas paras normal sejak 2 Oktober. – Bernama