Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Oktovia Manrose tak putus berdoa kekal istiqamah

    Genap tiga tahun tampil dengan imej berhijab, pelakon Oktovia Manrose tidak putus berdoa untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

    Memetik kenyataan yang dikongsi mStar, kata Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, biarpun adakalanya dia memaksa diri untuk mendirikan solat dan mendengar ceramah agama, aktres itu percaya niat yang ikhlas untuk berubah ke jalan Allah SWT akan sentiasa dipermudahkan.

    “Tahun ini genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah.

    “Tapi insya-Allah dengan niat ikhlas untuk berubah itu, Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah beri panduan.

    “Alhamdulillah hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqamah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah,” katanya.

    Oktovia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, semalam.

    Dalam pada itu, Oktovia memberitahu asbab dia melakukan penghijrahan adalah selepas mendengar ceramah dari Ustaz Wadi Annuar.

    Kata Oktovia, ceramah yang disampaikan Wadi dapat diterima dengan jelas sehingga membuka hatinya untuk terus berubah. – Agensi

    Sudah tiga tahun Oktovia berhijrah menutup aurat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Asia S ucap tahniah kepada presiden baharu Iran

    NEW DELHI, 7 JULAI – Pemimpin-pemimpin Asia Selatan menyampaikan ucapan tahniah kepada presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian serta menzahirkan hasrat mereka untuk mengukuhkan hubungan...