Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Oktovia Manrose tolak tawaran berlakon tanpa tudung

    Walaupun sudah tiga tahun menutup aurat, masih ada pihak produksi meminta pelakon Oktovia Manrose menanggalkan tudung sebagai syarat berlakon dalam drama terbitan mereka.

    Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, berkata permintaan itu dibuat bukan sahaja sebagai memenuhi kehendak watak tetapi merasakan dia boleh pergi jauh dengan imej lama.

    “Alhamdulillah tawaran berlakon masih ada tetapi ada minta saya buka tudung.

    “Mereka kata sayang sebab saya boleh pergi jauh dengan penampilan free hair.

    “Tapi saya faham apa dimaksudkan kerana kebanyakan orang seni mengenali saya dengan imej seperti dulu,” katanya kepada mStar.

    Oktovia tolak tawaran berlakon yang meminta dirinya untuk membuka tudung. – Beautifulnara

    Tidak menganggap syarat diberikan sebagai biadab, Oktovia sebaliknya akan menjelaskan dengan baik kepada pihak produksi tentang perubahan dilakukan.

    Katanya, dia juga memang bersikap memilih kerana ingin memastikan peranan yang diambil bersesuaian dengan imejnya sekarang.

    “Saya tidak terkejut sebab penampilan saya memang macam itu dulu tapi saya akan terangkan pada mereka yang saya sudah tidak mengambil watak yang memerlukan saya mendedahkan aurat.

    “Kalau karakter sesuai dan memberi manfaat kepada penonton baru saya akan setuju.

    “Saya bukan baik sangat cuma sedang berjinak-jinak untuk jadi lebih baik.

    “Jadi kena galakkan buat perkara baik supaya mendorong orang ramai buat perkara sama,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda