Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olahraga, pergerakan berirama acara sukan SR YSHHB

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Rumah Kuning berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan kejohanan sukan olahraga dalam Kejohanan Sukan Olahraga dan Pertandingan Persembahan Pergerakan Berirama Antara Rumah-rumah Sukan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) 2024, kelmarin.

    Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Padang Kebajikan, Berakas itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR YSHHB, Pengiran Hira bin Pengiran Haji Mohd Omar.

    Dalam kejohanan tersebut, Rumah Kuning telah berjaya mengutip 17 emas, lapan perak dan 12 gangsa dalam acara olahraga balapan yang dipertandingkan iaitu larian 100 meter, 200 meter dan 4 x100 meter lelaki dan perempuan.

    Sementara itu, naib johan adalah Rumah Biru dengan mengutip sembilan emas, 15 perak dan sembilan gangsa, manakala Rumah Merah menduduki tempat ketiga dengan mengutip sembilan emas, 10 perak dan 10 gangsa.

    Rumah Unggu pula berada di tempat keempat dengan enam emas, sembilan perak dan 11 gangsa.

    Manakala itu, Pertandingan Persembahan Pergerakan Berirama pula dimenangi oleh Rumah Biru dengan mata kutipan 95 peratus.

    Antara lain objektif acara tersebut adalah untuk mendidik pelajar bersaing secara positif dan bersemangat, di samping terus kekal sihat, minda cerdas serta mencungkil bakat
    pelajar dalam acara sukan balapan dan padang.

    Kejohanan berkenaan melibatkan 800 orang pelajar Tahun 3 hingga 6.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Chong Li Chen, Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi serta ahli-ahli PIBG SR YSHHB serta ibu bapa pelajar.

    Acara perasmian kejohanan sukan SR YSHHB oleh Pengiran Hira. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pelajar yang menyertai larian balapan berusaha untuk sampai ke garisan penamat. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda