Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Old Skol 80’s bantu anak yatim, golongan memerlukan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Kumpulan sukarelawan Old Skol 80’s turut tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda pada bulan suci Ramadan ini dengan menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan memerlukan.

    Hadir menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asasi kepada seramai 20 orang penduduk termasuk bekas pelajar di Sekolah Rendah Jerudong dan anak yatim di kampung itu ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

    Majlis yang diadakan di Jerudong itu, turut mendapat sokongan padu daripada Syarikat A.M.J dan orang perseorangan.

    Kumpulan Old Skol 80’s yang ditubuhkan awal tahun ini dianggotai lebih 20 orang bekas pelajar Sekolah Rendah Jerudong pada 1980 hingga 1987.

    Antara tujuan kumpulan itu ditubuhkan adalah untuk menjalankan kerja-kerja amal dengan mengumpul sedekah bagi misi kemanusiaan di samping berkongsi kegembiraan
    dan mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat kampung.

    Awang Kamis menyampaikan sumbangan kepada penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda