Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Oldani raih kemenangan profesional pertama

    GENOA, ITALI, 20 MEI – Orang ramai di pusat bandar bersorak kegembiraan apabila tuan rumah, Stefano Oldani dari Itali berjaya mencipta kemenangan profesional pertamanya di peringkat 12 Giro d’Italia kelmarin.

    Oldani terlalu pantas bagi rakan pelumba, Lorenzo Rota dan Gijs Leemreize selepas terpisah pada pecutan berkelajuan tinggi sejauh 204km dari Parma, merentasi pergunungan Appenine dan utara Genoa.

    Beraksi cemerlang dalam perlumbaan tersebut, ketiga-tiga mereka telah disambut pulang dengan sorakan gemuruh di sepanjang laluan pusat bandar perayaan.

    Perlumbaan itu diadakan pada kelajuan yang sangat pantas dengan jarak 53km ditempuhi dalam sejam pertama namun pemenang melepasi garisan penamat 30 minit lebih awal daripada ramalan terpantas.

    Manakala pelumba muda Giro, Lopez mengekalkan mata pendahuluan perlumbaan untuk hari kesembilan, memanfaatkan kelebihan hasil kejayaannya di peringkat ke-4 di Gunung Etna. – AFP

    Reaksi Stefano Oldani dari Itali meraikan kemenangan peringkat ke-12 perlumbaan berbasikal Giro D’Italia dari Parma ke Genoa kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...