Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Pupuk minat terhadap seni khat Jawi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Seramai 54 orang pelajar dan pensyarah dari Politeknik Brunei dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal (SSRC) telah menyertai Bengkel Seni Khat Jawi dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup, hari ini.

    Terdahulu, bengkel sehari anjuran Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, dan Bahagian Perkhidmatan dan Pameran yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam itu telah dirasmikan oleh Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Ketua Program, Dayang Siti Umi Amirah binti Haji Ra’emi Maleek selaku wakil ketua sekolah, IBTE SSRC antara lain menyatakan bahawa bengkel bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai seni khat Jawi dalam kalangan pelajar IBTE.

    Sepanjang bengkel, peserta dibimbing oleh Jurutulis Jawi, Awang Alomsa Nor Adzmin bin Haji Alli Omar yang aktif dalam bidang penulisan seni khat Jawi dan kaligrafi Islam selain sering menyertai beberapa bengkel atau peraduan seni khat Jawi.

    Antara lain objektifnya adalah untuk memberi pengalaman, platform dan ilmu mengenai seni khat Jawi kepada generasi muda, selain memupuk minat orang ramai terhadap seni khat Jawi seterusnya mendidik dan mendedahkan generasi belia mengenai sejarah dan bahasa melalui seni kaligrafi Islam yang ditulis dalam pelbagai jenis seni khas Jawi.

    Penyampaian sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Awang Muhammad Faisal bin Haji Mat Salleh.

    Antara peserta yang menghadiri Bengkel Seni Khat Jawi yang diadakan di Dewan Jawatan Dalam, kelmarin.
    Awang Alomsa Nor Adzmin semasa menyampaikan taklimat pada bengkel tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...