Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olimpik: Kerja pembaikan rel selesai selepas sabotaj, keselamatan diperketat

    ANKARA, 29 JULAI – Syarikat kereta api Perancis kelmarin mengumumkan bahawa kerja-kerja pembaikan landasan kereta api yang rosak akibat kebakaran telah selesai.

    SNCF, pengendali kereta api nasional mengumumkan bahawa kerja pembaikan dilakukan sepanjang dua hari lalu ekoran cubaan sabotaj yang menjejaskan laluan kereta api berkelajuan tinggi ke Paris.

    Langkah keselamatan tambahan telah diambil sementara pihak berkuasa terus menjejaki dalang kejadian, lapor Agensi Anadolu.

    Gangguan berlaku sebelum majlis pembukaan Sukan Olimpik pada 26 Julai lalu. Landasan kereta api dibakar di Pagny-sur-Moselle, Courtalain dan Croisilles di seluruh Perancis dan menjejaskan hampir 800,000 penumpang pada minggu lepas.

    Percubaan membakar landasan kereta api di Vergigny berjaya digagalkan.

    Olimpik, yang berlangsung sehingga 11 Ogos dijangka menarik kunjungan sekitar 16 juta pelancong dengan penyertaan 10,500 atlet. – Bernama

    Kelihatan askar meronda di luar stesen kereta api Gare du Nord pada 26 Julai di Paris. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda