MOSCOW, 4 OGOS – Hampir dua pertiga rakyat Perancis bimbang kerajaan tidak dapat memastikan keselamatan Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor Sputnik, memetik agensi kaji selidik Elabe.
“Majoriti rakyat Perancis percaya bahawa Perancis tidak akan bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dari segi keselamatan (63 peratus) dan pengangkutan (58 peratus),” kata tinjauan pendapat itu baru-baru ini.
Sebanyak 50 peratus lagi berkata mereka percaya Perancis bersedia menjadi tuan rumah kepada pelancong di Sukan Olimpik, manakala 49 peratus mengatakan sebaliknya.
Tinjauan itu juga mendapati hampir setiap rakyat Perancis yang lain (48 peratus) tidak begitu peduli terhadap Olimpik, manakala setiap pertiga (32 peratus) ragu-ragu.
Hanya 20 peratus berkata mereka berasa teruja tentang Paris menganjurkan temasya sukan musim panas itu.
Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 akan diadakan di ibu negara Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024. – Bernama