Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olimpik Tokyo, 10 lagi kes baharu

    TOKYO, 21 JULAI – Sebanyak 10 lagi kes jangkitan COVID-19 direkodkan menjelang pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik kenyataan jawatankuasa penganjur. 

    Mereka yang dijangkiti itu masing-masing seorang atlet dan pegawai kontinjen asing manakala selebihnya terdiri petugas tempatan.

    Sejak 1 Julai, jumlah jangkitan yang dilaporkan mencecah 81 kes melibatkan atlet, kontinjen asing dan petugas tempatan yang menginap di perkampungan Olimpik.

    Jangkitan COVID-19 turut dikesan dalam kalangan empat atlet dan pegawai pengiring di kem latihan di luar Tokyo, tambah penganjur. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda