Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olimpik: Tokyo 2020 dibelenggu gempa bumi

    TOKYO – Bagi bandar-bandar tuan rumah Olimpik moden, ancaman keganasan dan masalah kewangan akan terus menghantui mereka. Tetapi jangan risau bagi penganjur Tokyo 2020, yang telah menghadapi risiko gempa bumi atau tsunami yang dahsyat.

    Jepun sudah meningkatkan usaha mereka untuk meyakinkan para atlet terbaik dunia dan beratus-ratus ribu pelawat apabila mereka akan berduyun-duyun ke Tokyo bagi temasya sukan itu, yang bermula pada 24 Julai 2020 dimana aspek keselamatan telah menjadi keutamaan paling utama.

    Tokyo dan kawasan sekitarnya berada di tapak tanah tektonik dan telah mengalami gempa bumi ganas pada masa lalu, terutamanya gempa bumi GreatKanto 1923 yang telah membunuh lebih daripada 100,000 orang. Pada tahun 2011 pula, satu gempa bumi dan tsunami gergasi telah berlaku yang telah membunuh lebih daripada 18,500 orang di timur laut Jepun.

    Bencana itu menyebabkan berjuta-juta penduduk di kawasan Tokyo terpaksa bergelap dan sistem pengangkutan juga terhenti. Ia juga telah mencetuskan pencairan nuklear di Fukushima, 240 kilometer timur laut Tokyo.

    Naoshi Hirata, ketua Pusat Penyelidikan Ramalan Gempa Bumi di Universiti Tokyo, percaya sebuah gempa kuat akan terjadi sebelum Sukan Olimpik 2020 yang akan dapat melumpuhkan keupayaan Tokyo untuk menjadi tuan rumah kepada acara sukan tersebut.

    Tapak pembinaan Ariake Arena yang akan digunakan bagi sukan bola tampar semasa Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. - AFP
    Tapak pembinaan Ariake Arena yang akan digunakan bagi sukan bola tampar semasa Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo. – AFP

    “Sekiranya gempa bumi melanda ibu negara itu dan menyebabkan malapetaka sebelum Sukan Olimpik 2020, ia mungkin akan menjadi masalah yang cukup serius dan dapat menghalang ekonomi Jepun untuk berfungsi dengan betul,” kata Hirata kepada AFP.

    “Kami mempunyai pilihan yang terhad dan akan mencari alternatif untuk mencari tuan rumah Olimpik baru.”

    Tokyo dan jirannya Yokohama telah menjadi senarai teratas bagi kawasan metropolitan yang mungkin dilanda gempa bumi atau tsunami, menurut kajian 2013 oleh firma insurans Swiss Re. Pihak penganjur Tokyo 2020 mendesak bahawa kemudahan-kemudahan bagi Sukan OIimpik itu mestilah mengikut piawan dan memenuhi standard bangunan anti-gempa bumi.

    “Saya tidak dapat memikirkan mana-mana bandar yang selamat,” kata ketua pegawai eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto.

    “Tetapi Tokyo adalah salah satu yang terbaik bagi menghadapi bencana alam.”

    Kebanyakan tempat telah dilengkapi dengan teknologi penyerap gegaran, kata mereka, seperti arena sukan bola tampar Ariake bernilai AS$320 juta, yang mana mempunyai kusyen getah gergasi.

    “Jepun terdedah kepada gempa bumi, tetapi standard bangunan-bangunannya adalah yang paling ketat di dunia,” kata Satoru Sunada, seorang pegawai kerajaan Tokyo yang bertanggungjawab kepada kemudah-kemudahan Olimpik.

    “Kami akan melakukan sebaik yang mungkin untuk menyediakan tempat-tempat kejohanan itu agar kami dapat melindungi nyawa orang ramai di Tokyo sekiranya jika berlaku gempa bumi mega.”

    Sunada menambah bahawa kemudahan-kemudahan yang berada di kawasan dermaga, termasuklah perkampungan Olimpik, telah dibina di atas benteng atau dilindungi dengan dinding penghadang laut yang cukup tinggi bagi menahan tsunami pada hampir dua meter (6.5 kaki) – ketinggian maksimum yang diramalkan di dalam Tokyo Bay.

    Tetapi Kojiro Suzuki, seorang penyelidik tsunami di Institut Penyelidikan Pelabuhan dan Lapangan Terbang – kakitangan kajian tsunami di sebuah kolam gelombang besar – memberi amaran bahawa terdapatnya had bagi langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan.

    Pelancong asing membuat perlindungan semasa latihan bencana di Sensoji Temple di Tokyo. - AFP
    Pelancong asing membuat perlindungan semasa latihan bencana di Sensoji Temple di Tokyo. – AFP
    Seorang doktor (kanan) bersama seorang warga asing (tengah) melalui penterjemahnya (kiri) semasa satu latihan bencana di Sensoji Temple di Tokyo. - AFP
    Seorang doktor (kanan) bersama seorang warga asing (tengah) melalui penterjemahnya (kiri) semasa satu latihan bencana di Sensoji Temple di Tokyo. – AFP

    “Kerosakan daripada kejadian itu mungkin melebihi daripada jangkaan orang ramai,” katanya. “Kita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada alat pemecah air. Pemindahan adalah penting.”

    Kerajaan metropolitan Tokyo sedang sibuk menyusun manual pemindahan pelbagai bahasa yang dilengkapi dengan arahan bagi pengunjung-pengunjung Olimpik dari luar negara dan akan disediakan pada awal tahun depan, sementara latihan kesedaran bencana juga telah bermula.

    Ini termasuk sistem simulasi gempa bumi, yang meniru sensasi gegaran dan orang ramai boleh memasukinya, dan juga terdapat latihan-latihan yang mengarahkan orang ramai ke mana dan bagaimana untuk dituju dan mencari perlindungan.

    Toshitsugu Fujii, seorang profesor di Universiti Tokyo yang telah bersara dan pakar terkemuka dalam kajian gempa bumi dan gunung berapi, memberi amaran: “Orang yang tidak biasa dengan (gempa bumi) boleh merasa panik walaupun hanya mengalami gegaran kecil.”

    Gempa bumi besar yang berlaku di bawah Tokyo adalah suatu ketakutan yang berlarutan namun gegaran serantau juga boleh menjejaskan Sukan Olimpik. Gempa bumi Nankai Trough adalah yang berpotensi, yang boleh menjejaskan kawasan besar di barat Jepun dan me-ngancam kira-kira 300,000 jiwa. Para pakar meramalkan bahawa ianya boleh melumpuhkan ekonomi negara tersebut.

    Bukan sahaja gempa bumi yang membimbangkan penganjur Olimpik – gunung berapi juga boleh memberikan potensi ancaman kepada acara sukan itu. Pada tahun 2014, berikutan letusan Gunung Ontake yang menewaskan 63 jiwa, saintis memberi amaran kepada gunung berapi tertinggi di Jepun iaitu Gunung Fuji yang juga memberi risiko.

    Terletak kira-kira 100 kilometer di barat Tokyo, gunung tersebut telah meletus buat kali terakhir pada tahun 1707 dengan diliputi lapisan abu tebal.

    Para pakar memberi amaran bahawa jika ia berlaku sekali lagi, masalah kewangan akan melebihi 2.5 trilion yen (AS$22.5 bilion).

    “Ianya sukar untuk diramalkan dengan tepat. Namun ianya tidaklah mengejutkan jika Gunung Fuji meletus dalam masa terdekat,” kata Fujii. “Kami perlu bersedia mengenai risiko itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda