Olimpik Tokyo diadakan di Florida, AS?

MIAMI, 26 JAN – Ketua Pegawai Kewangan Florida semalam berkata kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bahawa negeri itu gembira jika dapat menganjurkan Sukan Olimpik ketika spekulasi tuan rumah Jepun mungkin menarik diri dari mengadakan temasya sukan tersebut.

Jimmy Patronis menghantar surat kepada ketua IOC, Thomas Bach dengan harapan besar dapat mempertimbangkan penukaran lokasi Olimpik 2021 dari Tokyo, Jepun ke Amerika Syarikat (AS) khususnya ke Florida.

“Dengan media melaporkan beberapa pemimpin di Jepun bimbang dengan peningkatan kes pandemik untuk mengadakan Olimpik 2021, masih ada masa untuk pasukan
untuk mengubah lokasi ke Florida,” katanya.

Surat itu yang ditandatangani oleh Patronis disiarkan dalam talian hari ini menekankan kelebihan mereka dari segi pengedaran vaksin, pembukaan semula ekonomi dan acara sukan dianjurkan ketika pandemik selain taman tema terutamanya Disney World yang mula dibuka kepada orang ramai.

Tetapi Florida berdepan 25,000 kematian setakat ini dengan jumlah keseluruhan 420,000 orang meninggal dunia di Amerika Syarikat.

“Apa sahaja langkah keselamatan dan kesihatan akan diselesaikan secepat mungkin,” kata Patronis.

Jumaat lalu, pihak yang bertanggungjawab untuk mengatur sukan Tokyo dijadualkan pada tahun lalu tetapi ditangguhkan selama satu tahun kerana krisis kesihatan global dan tetap menegaskan mereka akan berpegang pada tarikh yang dirancang pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

“Saya bertekad untuk merealisasikan Sukan Tokyo yang aman dan selamat sebagai bukti bahawa manusia akan mengatasi virus itu,” kata Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga. – AFP

Logo Olimpik dinyalakan di tepi laut Odaiba di Tokyo pada 24 Januari. Ketua Pegawai Kewangan Florida semalam berkata kepada IOC bahawa negeri itu gembira jika dapat menganjurkan Sukan Olimpik. – AFP