Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olimpik Tokyo dibatalkan jika gagal kawal COVID-19

    TOKYO, 28 APRIL – Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibatalkan jika pandemik koronavirus masih belum dikawal sehingga tahun hadapan, presiden komiti penganjur berkata dalam komen yang diterbitkan hari ini.

    Pandemik tersebut telah terpaksa menunda Sukan Olimpik tersebut selama setahun, yang mana sekarang telah dijadualkan bermula pada 23 Julai 2021, tetapi presiden Sukan Olimpik Tokyo 2020 Yoshiro Mori berkata tiada sebarang penangguhan lagi.

    Dalam temu bual bersama akbar sukan Jepun, Nikkan, Mori ditanya jika Sukan Olimpik mungkin akan ditunda sehingga 2022 jika pandemik kekal menjadi ancaman tahun hadapan, jawabnya: ‘Tidak’.

    “Jika itu berlaku, ia akan dibatalkan,” kata Mori.

    Mori berkata Sukan Olimpik telah dibatalkan sebelum ini hanya disebabkan oleh peperangan berbanding pertarungan menentang koronavirus untuk ‘melawan musuh yang tidak dapat dilihat”.

    Jika virus berjaya dibendung, “kami akan mengadakan Sukan Olimpik dengan tenang pada musim panas seterusnya,” tambahnya.

    Di bawah tekanan dari atlet dan kesatuan sukan, penganjur Jepun dan komiti antarabangsa Olimpik bersetuju pada bulan Mac untuk menundakan sukan tersebut selama setahun.

    Penganjur dan pegawai Jepun berkata penundaan akan memberikan peluang untuk menunjukkan dunia berjaya menangani koronavirus, tetapi persoalan yang timbul adalah mengenai adakah tempoh setahun penundaan itu mencukupi. – AFP

    Gambar fail 14 Februari 2020 menunjukkan Yoshiro Mori bercakap semasa konferensi video. Mori berkata Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibatalkan jika pandemik koronavirus masih belum dikawal sehingga tahun hadapan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda