Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Olise selamatkan Crystal Palace

    MANCHESTER, 17 DIS – Manchester City kehilangan lebih banyak mata dalam mempertahankan kejuaraan yang lemah dalam Liga Perdana Inggeris apabila sepakan penalti pada masa kecederaan Michael Olise membolehkan Crystal Palace seri 2-2, kelmarin.

    City mendahului 2-0 menerusi jaringan Jack Grealish pada minit ke-24 dan Rico Lewis pada minit ke-54, hanya seri di tempat sendiri buat kali ketiga berturut-turut dalam liga.

    Palace mengurangkan defisit pada minit ke-76 apabila Jean-Philippe Mateta melakukan penyudah dari jarak dekat dan Olise menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima masa kecederaan selepas Mateta dijatuhkan oleh Phil Foden.

    Ia adalah kali kelima dalam enam perlawanan liga anak buah Pep Guardiola kehilangan mata, selepas juga seri dengan Chelsea, Liverpool dan Tottenham serta tewas kepada Aston Villa sebelum kemenangan 2-1 Ahad lalu di Luton.

    City berada di tempat keempat dan tiga mata di belakang Liverpool di tempat pertama, yang akan bermain satu perlawanan lagi menentang Manchester United, hari ini. City menuju ke Arab Saudi pada hari ini untuk Piala Dunia Kelab.

    Palace tiba di Stadium Etihad setelah tewas enam daripada lapan perlawanan sebelumnya. – AP

    Reaksi Pemain Crystal Palace meraikan kejauaan selepas pemain Michael Olise (tengah), menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad di Manchester, England pada 16 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda