HOUSTON, 16 MEI – Petinju kelahiran Brazil, Charles Oliveira berjaya menewaskan petinju dari Amerika Syarikat (AS), Michael Chandler pada awal pusingan kedua di UFC 262 di Houston, Texas, kelmarin dan dinobatkan sebagai juara baharu lightweight.
“Saya membuktikan semua orang bahawa saya yang terhebat antara yang terhebat,” Oliveira berkata selepas pertarungan. “Saya memberitahu anda bahawa saya akan menewaskannya dan saya berjaya melakukannya.”
Cabaran seterusnya buat petinju berusia 31 tahun itu ialah untuk mengukir legasi dalam kelas weight UFC yang sebelum ini didominasi oleh Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.
“Saya mahu datang ke sini malam ini dan menunjukkan bahawa saya adalah yang terbaik,” kata Oliviera.
Chandler, 35, diberikan peluang untuk merebut kejuaraan selepas bekas juara lightweight Bellator mengejutkan debut UFC pada Januari dengan mengalahkan pesaing veteran dari New Zealand, Dan Hooker pada pusingan pertama.

Chandler merupakan ahli gusti semasa menuntut di kolej dan berkembang menjadi seorang petinju yang hebat dan dilihat berada di hadapan selepas pusingan pertama.
Tetapi Oliveira membuat pukulan keras dan pantas pada pusingan kedua. Tumbukan tangan kiri membuatkan Chandler terjatuh dan disusuli dengan pukulan bertubi-tubi dengan pengadil terpaksa masuk campur selepas 19 saat pada pusingan tersebut.
Oliveira membuat keraian dan melakukan pusingan kemenangan bersama penonton.
Petinju Brazil tersebut tiba di Texas dengan rekod lebih banyak kemenangan melalui gerakan submission berbanding orang lain dalam sejarah UFC dengan 14 dan kemenangan TKO memberikan dia satu lagi rekod.
“Michael berkata saya tidak dapat menerima tekanan dan dia terus memukul dan saya masih berada di sini. Ini tali pinggang kemenangan.”
Sementara itu, Nurmagomedov, dianggap salah seorang juara terhebat MMA sepanjang zaman, bersara pada Oktober lalu dengan rekod 29-0, McGregor kekal berada dalam lightweight campuran. – AFP