Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ombak besar ragut tiga nyawa

    JOHANNESBURG, 18 DIS – Ombak besar meragut tiga nyawa dan menyebabkan 17 lagi mengalami kecederaan serius dalam insiden di pantai popular di Durban, Afrika Selatan, semalam.

    Jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah itu, KwaZulu-Natal, memaklumkan ombak besar itu menarik beberapa individu ke dalam laut hingga menyebabkan tiga mangsa lemas, manakala 17 yang cedera dibawa ke hospital.

    Katanya, antara mangsa yang meninggal dunia termasuklah seorang kanak-kanak berusia sekitar tujuh atau lapan tahun, manakala individu yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan ‘serius atau kritikal’.

    Namun, satu kenyataan daripada pihak berkuasa bandar Durban memaklumkan antara yang terkorban termasuk seorang remaja.

    Menurut kenyataan itu, seramai 35 penyelamat pantai terbabit dalam usaha menyelamat besar-besaran, ketika pasukan perubatan merawat lebih 100 mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan.

    Perkhidmatan kecemasan bandar itu khuatir angka korban mungkin meningkat dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang di Bay of Plenty, antara pantai paling popular di Durban. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda