WASHINGTON, 21 DIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini menyampaikan ucapan mengenai COVID-19 dan menyeru semua penduduk AS untuk mendapatkan vaksindengan penularan varian Omicron yang pantas telah dikenal pasti sebagai strain utama di negara itu.
Beliau menyampaikan ucapan ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia memberi amaran untuk berwaspada sepanjang musim percutian dengan peningkatan virus baharu dilaporkan di seluruh dunia.
Varian Omicron yang mudah bermutasi, kini dikesan di puluhan negara, dilihat mudah berjangkit dan besar kemungkinan kebal vaksin, walaupun tanda awalnya tidak teruk berbanding dengan strain Delta.
Penularannya yang pantas di seluruh dunia telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan sekatan pada musim percutian, berharap pandemik yang teruk ini berakhir.
Sebanyak 73.2 peratus kes baharu sepanjang minggu lalu di AS disahkan sebagai varian Omicron, kata Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan.
Lewat kelmarin, menerusi Twitternya, Biden mengajak orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka dan memberi amaran kes Omicron semakin meningkat.
“Jika awda adalah orang dewasa yang tidak ingin mendapatkan vaksinasi, awda akan menghadapi musim sejuk yang ekstrem, untuk keluarga dan juga komuniti,” katanya. – AFP