Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Omicron kini merebak dalam komuniti Australia

-

SYDNEY, 3 DIS – Tiga pelajar sebuah sekolah di Sydney, Australia dikesan dijangkiti varian Omicron, menjadikannya kes komuniti pertama daripada strain baharu COVID-19 itu, dengan 10 lagi suspek jangkitan Omicron sedang menunggu keputusan ujian, menandakan jangkitan sudah pun merebak.

Kluster itu terjadi sewaktu larang terhadap bukan warganegara untuk memasuki negara itu dan sekatan penerbangan dari selatan Afrika di mana varian itu mula dikesan.

Kementerian Kesihatan New SouthWales (NSW) berkata kes pertama di negara itu tidak ada sejarah perjalanan luar negara atau kaitan dengan individu mempunyai sejarah perjalanan luar negara, sekali gus menimbulkan kecemasan.

Australia sebelum ini pernah mengesan beberapa kes Omicron tetapi kesemuanya dikesan dalam kalangan pengembara yang menjalani kuarantin.

Kesemua kakitangan dan persatuan pelajar di Sekolah Kristian RegentsPark yang terletak di barat Sydney diminta menjalani ujian saringan dan mengasingkan diri.

Australia ketika ini merekodkan sekitar 2,000 kes COVID-19 sehari. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -