Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Omicron sudah capai kemuncak?

    GENEVA, 12 JAN – Jumlah jangkitan baharu koronavirus pada minggu lalu meningkat kira-kira 55 peratus, meskipun jumlah kematian kekal stabil, menurut laporan pandemik terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ketika saintis berpendapat varian Omicron sudah mencapai kemuncak penularannya.

    Dalam laporan minggu dikeluarkan kelmarin, WHO mengatakan terdapat kira-kira 15 juta kes COVID-19 baharu minggu lalu dan lebih 43,000 kematian. Setiap benua di dunia melaporkan peningkatan dalam kes virus kecuali Afrika yang menyaksikan 11 peratus penurunan.

    Minggu lalu, WHO memaklumkan rekod tertinggi pandemik 9.5 juta jangkitan baharu dalam satu minggu, menggelarnya ‘tsunami’ virus. WHO mengatakan va-rian Omicron yang amat mudah menular, mendefinisikan semula pandemik global dan kini melangkaui varian dominan sebelumnya, Delta. Menurutnya, Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan hujung November lalu, dikira hampir 59 peratus bagi semua penjujukan dikongsi secara umum dalam pangkalan data virus global. WHO juga menekankan ia mempunyai masa jangkitan gandaan lebih singkat dan dalam kebanyakan kajian, kurang teruk berbanding varian sebelumnya.

    Dalam pada itu, saintis di Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengatakan terdapat tanda-tanda awal Omicron mungkin sudah melepasi kemuncak penularan namun masih tidak pasti bagaimana fasa pandemik seterusnya akan terjadi. WHO menekankan Amerika melaporkan jumlah tertinggi jangkitan baharu COVID-19 minggu ini, dengan 78 peratus peningkatan, sebahagian besarnya dipacu oleh Omicron.

    Jumlah kes baharu di Eropah meningkat 31 peratus manakala 10 peratus penurunan dalam jumlah kematian. Peningkatan ketara jangkitan adalah di Asia Tenggara, di mana kes-kes meningkat lebih 400 peratus, dengan yang tertinggi dilaporkan di India, Timor Leste, Thailand dan Bangladesh, namun angka kematian di rantau itu berkurangan 6 peratus. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...