Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    One Championship MMA kembali

    SINGAPURA, 30 JUN – Kejohanan seni mempertahankan diri terbesar di Asia, One Championship, akan kembali namun dengan pintu tertutup di Thailand bulan depan setelah rehat selama lima bulan kerana wabak COVID-19, kata para pegawai penganjur kelmarin.

    One Championship yang menganjurkan sukan seni mempertahankan diri seperti Muay Thai dan kickboxing, kali terakhir diadakan ialah pada pada akhir bulan Februari lalu.

    Sejak itu, kejohanan yang berlangsung di Singapura telah membatalkan beberapa acara pertarungan dan mengurangkan 20 peratus kakitangannya, walaupun telah menunjukkan peningkatan dana bantuan sebanyak AS$70 juta dari para pelabur institusi.

    Dengan wabak virus semakin berkurangan di kebanyakan tempat di Asia, penganjur mengatakan acara utamanya akan dimulakan semula dengan tanpa peminat di ibu kota Thailand, Bangkok pada 31 Julai.

    “Sebilangan besar sempadan negara masih ditutup di Asia dan ini menimbulkan cabaran dari segi logistik dan operasi yang unik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif One, Chatri Sityodtong.

    Tiga pertarungan pertama acara ‘One: No Surrender’ telah disahkan.

    Antara peserta tinju yang mengambil bahagian ialah juara dunia ONE Muay Thai Rodtang, ‘The Iron Man’ Jitmuangnon, Petchdam ‘The Baby Shark’ dari Akademi Petchyindee dan ‘The Boxing Computer’ Yodsanklai dari IWE Fairtex.

    Ultimate Fighting Championship yang berpangkalan di AS pada 10 Mei menjadi salah satu sukan tinju pertama yang memulakan semula sukan itu.

    UFC setakat ini berjaya mengadakan enam pertarungan dalam persekitaran yang dikawal ketat di Jacksonville, Florida, dan Las Vegas. – AFP

    Gambar fail pada 30 Julai 2019 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif ONE Championship, Chatri Sityodtong (tengah) ketika pertarungan antara Reece McLaren dan Danny Kingad semasa sesi media untuk pertarungan seni mempertahankan diri ONE Championship. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda