Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Ontime Service Network, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Concepts, telah bersetuju dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Babakimpo Sdn Bhd, bagi mempromosikan produk masing-masing bersama termasuk kamera sekuriti pintar dan CCTV berjenama Dahua serta Imou.
Sehubungan itu, majlis penandatanganan MoU berkenaan telah diadakan di Pejabat Concepts Computer, Kiulap, hari ini.
Menandatangani bagi pihak Babakimpo ialah Pengarah Urusan, Dato Sri Lau Kung Ching dan Concepts Computer diwakili oleh Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Concepts, Vincent Pao.
Menandatangani selaku saksi ialah Pengurus Jualan Babakimpo, Alvin Chieng dan Eksekutif Teknikal Ontime Service Network, Tan Siong Guan.
Mengulas mengenai penandatanganan berkenaan, Vincent Pao berkata bahawa produk-produk Dahua dan Imou pada masa ini adalah popular di pasaran antarabangsa, oleh itu, pihaknya amat gembira berpeluang untuk bekerjasama dengan Babakimpo bagi menawarkan barisan produk yang luas itu ke pasaran Brunei.
Beliau menambah, dengan keselamatan memainkan peranan yang penting bagi semua orang dan musim percutian yang bakal menjelang, Ontime bukan sahaja ingin menyediakan penyelesai-an perkakas daripada Dahua dan Imou tetapi juga menyediakan perkhidmatan pemasangan yang boleh dipercayai termasuk perkhidmatan dan sokongan bagi produk berkenaan selepas pemasangannya.
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul bin Abdul Rahman menyatakan bahawa bertepatan dengan percutian hujung tahun yang bakal menjelang, Ontime dan Babakimpo telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang terbaik agar warga Brunei merasa selamat ketika meninggalkan rumah mereka semasa musim percutian.
Produk-produk yang ditawarkan oleh Dahua dan Imou adalah barisan produk yang luas daripada penyelesaian sekuriti yang mudah bagi keperluan rumah hingga kepada penyelesaian sekuriti yang lebih kompleks bagi kegunaan di lokasi perniagaan atau
komersial.