Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Op SAR tiga penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan

    MERSING, 8 APRIL – Operasi mencari dan menyelamat (SAR)  bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.

    Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata operasi yang memasuki hari ketiga pencarian dimulai seawal pukul 3 pagi tadi, sebelum ditangguhkan pada 6 petang ini berikutan tiada petunjuk baharu. 

    “Setakat ini, tiada lagi sebarang maklumat diterima daripada aset di laut dan udara termasuk yang terakhir diterbangkan pada 1 tengah hari tadi. 

    Selain itu, kita juga mendapat tambahan aset daripada orang awam yang sudi membantu operasi menyelamat dengan 10 jet ski namun tiada input diterima, setakat ini,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, hari ini.

    Mengulas lanjut, Khairul Nizam berkata kawasan carian operasi terbabit melebihi daripada 1,000 batu nautika setakat ini dan akan diperluaskan lagi esok bermula pukul 7 pagi. 

    Selain itu, kita akan menggunakan aset sedia ada dan berkemungkinan meminta bantuan penduduk melihat di sepanjang pantai berkenaan jika ada terlihat tiga penyelam terbabit,” katanya. 

    Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan pulau berkenaan yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman. 

    Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand, pada 8:15 pagi semalam. – Bernama

    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan pesawat Bombardier CL 415 MP bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol di sini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda