Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Op Tapis: 221 individu ditahan, dadah bernilai lebih RM120,000 dirampas

    SIBU, 7 NOV – Polis menahan 221 individu termasuk 15 wanita dan tiga warga asing sepanjang Op Tapis Narkotik yang dijalankan di daerah ini bermula awal bulan lepas hingga semalam.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 3,163.55 gram dadah disyaki syabu bernilai RM120,214.90 turut dirampas sepanjang operasi sebulan itu.

    Beliau berkata sebanyak 256 kertas siasatan dibuka manakala 246 kes telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

    “Polis mengalu-alukan orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    ACP Zulkipli Suhaili, bercakap pada sidang media mengenai sebuah operasi tangkapan dan serbuan di Sibu pada 24 Oktober lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda