Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    OPEC dan sekutu setuju kurangkan pengeluaran sehari

    VIENNA, 6 DIS – Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia, hari ini bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak kepada 500,000 tong sehari, tambahan daripada persetujuan semasa mereka.

    Menteri-menteri berhimpun di ibu pejabat OPEC di Vienna ‘memutuskan satu penyesuaian tambahan kepada 500 (ribu tong sehari) berkuat kuasa 1 Januari 2020,’ menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat.

    Ini akan membawa pengeluaran kepada 1.7 juta tong sehari, di bawah paras pengeluaran pada Oktober 2018.

    Walau bagaimanapun, pertubuhan itu mengatakan, ‘sebagai tambahan, beberapa negara peserta khususnya Arab Saudi, akan terus memberikan sumbangan tambahan sukarela,’ bermakna pengurangan pengeluaran secara keseluruhan akan menjadi 2.1 juta tong sehari. Menurut kenyataan itu lagi, OPEC dan sekutunya akan bersidang pada mesyuarat khas pada 6 Mac tahun depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda