Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Opec kekalkan unjuran permintaan minyak bagi 2025, 2026

    VIENNA, 14 FEB – Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada Rabu mengumumkan bahawa ia mengekalkan unjuran terdahulu mengenai pertumbuhan permintaan minyak global bagi 2025 dan 2026, lapor Xinhua.

    Dalam laporan pasaran minyak bulanan bagi Februari, OPEC menganggarkan peningkatan ‘sihat’ dalam permintaan minyak global, dengan pertumbuhan sebanyak 1.45 juta tong sehari (bpd) pada 2025, diikuti kenaikan 1.43 juta bpd pada 2026 – angka yang tidak berubah daripada penilaian bulan lepas.

    “Pertumbuhan tahun ini dijangka didorong oleh bahan api pengangkutan susulan permin-taan kukuh terhadap perjalanan udara serta mobiliti jalan raya yang sihat. Sokongan turut dijangka datang daripada sektor perindustrian, pembinaan dan pertanian di negara bukan anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD),” menurut OPEC.

    Organisasi itu juga mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi 2025 dan 2026, dengan jangkaan pengembangan sebanyak 3.1 peratus tahun ini dan 3.2 peratus pada tahun berikutnya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda