Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JKR
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan jalan di Jalan Gadong, Kampung Jangsak berdepan Masjid Jubli Perak.
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa penutupan jalan berkenaan bermula pada pukul 8 malam ini hingga 5 pagi esok, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Penutupan jalan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan atap jejantas berdepanan Masjid Jubli Perak untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan, menggunakan jalan lencongan yang disediakan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan










