Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    OpenAI, Microsoft disaman langgar hak cipta

    NEW YORK, 28 JUN – Pusat Pelaporan Penyiasatan (Center for Investigative Reporting) telah memfailkan saman terhadap pembuat ChatGPT, OpenAI dan rakan niaga terdekatnya, Microsoft, kelmarin.

    Tindakan itu telah membuka satu lagi bab baharu dalam usaha industri berita menentang penggunaan kandungan berita tanpa kebenaran di platform kecerdasan buatan (AI).

    Organisasi bukan untung itu, yang menerbitkan Mother Jones dan Reveal, mendakwa OpenAI telah menggunakan kandungannya tanpa kebenaran dan tanpa menawarkan pampasan, melanggar hak cipta terhadap kewartawanan organisasi mereka.

    Tuntutan saman, yang difailkan di mahkamah persekutuan New York, menggambarkan perniagaan OpenAI ‘dibina atas eksploitasi karya hak cipta’ dan menumpukan bagaimana ringkasan artikel yang dihasilkan oleh AI mengancam penerbit.

    “Ia amat berbahaya,” kata Monika Bauerlein, Ketua Pegawai Eksekutif organisasi itu, kepada The Associated Press.

    “Kewujudan operasi kami bergantung kepada pengguna yang mendapati hasil kerja kami amat berharga dan memutuskan untuk menyokongnya,” jelasnya.

    Bauerlein berkata, “Apabila orang tidak lagi dapat membina hubungan dengan hasil kerja kami, maka hubungan mereka adalah dengan alat AI.” – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...