Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    OpenAI o1-Preview baharu dilancar

    SAN FRANCISCO, 13 SEPT – Pencipta ChatGPT, OpenAI kelmarin mengeluarkan siri baharu model kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk meluangkan lebih banyak masa berfikir dengan harapan chatbot AI generatif memberikan respons yang lebih tepat dan bermanfaat.

    Model baharu, yang dikenali sebagai OpenAI o1-Preview, direka untuk menangani tugas yang rumit dan menyelesaikan masalah yang lebih mencabar dalam sains, pengekodan dan matematik di mana ia merupakan model terdahulu yang telah dikritik kerana gagal memberikan respons secara konsisten.

    Tidak seperti model-model sebelumnya, OpenAI o1-Preview telah diuji untuk memperhalusi proses pemikiran, mencuba kaedah yang berbeza dan mengenali kesilapan sebelum ia memberikan jawapan akhir.

    Model keluaran baharu itu dilancar ketika OpenAI sedang mengumpul dana yang boleh menyaksikan ia bernilai sekitar AS$150 bilion, menjadikannya salah sebuah syarikat swasta paling berharga di dunia, menurut media Amerika Syarikat.

    Pelabur termasuk Microsoft dan Nvidia, dan mungkin termasuk pelaburan AS$7 bilion daripada MGX, dana pelaburan disokong oleh Emiriah Arab Bersatu, lapor The Information.

    Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, memuji model tersebut sebagai paradigma baharu AI yang boleh melakukan pertimbangan terhadap tujuan kompleks umum.

    Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran teknologi itu masih belum sempurna, terhad, dan ia kelihatan lebih mengagumkan pada penggunaan pertama berbanding selepas menggunakannya berulang kali. – AFP

    Altman semasa bercakap pada persidangan Microsoft Build di Seattle Convention Center Summit Building di Seattle, Washington pada 21 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda