Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    OpenAI tolak tawaran pengambilalihan Elon Musk bernilai AS$97.4 bilion

    SAN FRANCISCO, 16 FEB – Lembaga Pengarah OpenAI telah sepakat menolak tawaran pengambilalihan bernilai AS$97.4 bilion oleh Elon Musk.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Bret Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah OpenAI, menegaskan bahawa ‘OpenAI bukan untuk dijual’ dan menambah bahawa lembaga pengarah telah sebulat suara menolak usaha Musk untuk mengganggu persaingannya.

    William Savitt, peguam untuk OpenAI, dalam satu surat kepada peguam Musk pada Jumaat berkata, tawaran tersebut ‘tidak sesuai dengan kepentingan misi OAI dan oleh itu ditolak’.

    Musk, yang merupakan pelabur awal dalam OpenAI, memulakan tindakan undang-undang terhadap pembuat ChatGPT hampir setahun lalu. Beliau mendakwa OpenAI telah melanggar kontrak atas apa yang dianggapnya sebagai pengkhianatan terhadap matlamat asalnya sebagai badan bukan keuntungan.

    OpenAI semakin berusaha untuk memanfaatkan kejayaan komersial kecerdasan buatan (AI) generatif. Namun, syarikat yang berorientasikan keuntungan itu adalah anak syarikat bagi entiti bukan keuntungan yang berpegang kepada misi, yang juga dimulakan oleh Musk untuk membangunkan AI yang lebih baik daripada manusia demi manfaat kemanusiaan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda